cinta ...sayang...kerinduan...
Sayang
Aku bagai ketandusan
menemukan bait yang maha indah
Aku pasti
bait itu ada di syurga
aku ingin memberitahumu dengan sempurna
bahawa aku cinta padamu
Namun aku rasa itu belum cukup gambarannya
hujungnya hanya aku yang rasa?
inginku cari…
tak jumpa…
apalagi kalau tentang keyakinanmu
yakinlah
apabila cinta
ada rasa dan getarnya
aku memanggilmu
kadang begitu menakutkan
bagaimana jika dirimu tiada lagi
aku gelisah bagaimana bakal berhadapan
dengan kerinduan dan kesepian
aku resah tak dapat mecium baumu
aku gundah bila tak membenam rapat di pangkuanmu
sayang…
aku selalu cinta padamu
selamanya
tiada gantinya
aku sentiasa rindu
dan mahu pada segala kehendakmu